Jalinan IFTAR KMK dan Pesta Raja Buah
07:00
13 Julai 2015-Majlis iftar perdana yang telah menjadi acara wajib tahunan telah diadakan di
Kolej Matrikulasi Kedah.Majlis yang bukan merupakan julung kalinya dianjurkan ini dimulakan
dengan solat asar yang telah didirikan secara berjemaah yang telah diwajibkan ke atas seluruh
pelajar kolej yang beragama Islam.Pelajar serta pensyarah mula memenuhi rumah Allah iaitu
Masjid Khulafa’ ArRasyiddin seawal pukul 4.30 petang.Seterusnya dalam mencari keberkatan
dalam bulan suci ini,majlis khatam alQuran telah diadakan.Lantunan kalam Allah telah
bergema di seluruh pelusuk ruang kolej telah menimbulkan sekelumit keinsafan kepada seluruh
warga.Ucapan daripada Tuan Saad bin S.A Abbas selaku pengarah kolej turut diselitkan dalam
mengingatkan seluruh warga kolej mengenai bulan Ramadhan.Sempena bulan yang penuh
barakah dan pengampunan ini juga,golongan asnaf di kolej tidak dilupakan.Misalnya pelajar
yang tidak berkemampuan dan pelajar yatim diberikan sumbangan sebagai tanda prihatin dan
perkongsian dibulan Ramadhan yang amat menitikberatkan amalan bersedekah.Pada pukul 6
petang,seluruh warga mula mengambil makanan di tempat yang telah ditetapkan.Setelah
seruan azan berkumandang,semua warga berbuka puasa secara beramairamai termasuk
golongan yang beragama bukan Islam.Setelah selesai,semua muslimin dan muslimat
menunaikan solat maghrib secara berjemaah,diikuti dengan solat isya’ dan solat sunat tarawikh
yang menjadi amalan lazim ketika bulan Ramadhan.Setelah pelajar dibenarkan bersurai untuk
menjalankan aktiviti masingmasing,majlis pesta durian turut dianjurkan pada pukul 10.30
malam.Raja buah yang menjadi kesukaan semua kaum di Kolej Matrikulasi Kedah telah
menggamit seluruh warga kolej memeriahkan pesta ini.Pengagihan buah berduri ini telah
diadakan di rumpun dan dataran kolej.Pesta ini bukan sahaja merupakan pesta yang unik buat
warga kolej malah pesta ini merupakan pesta yang telah dijalankan buat julung kalinya di
kolej.Semua warga amat berpuas hati sepanjang aktiviti ini berlangsung.Aktiviti ini ternyata
mampu mengeratkan lagi ikatan yang sedia terjalin terhadap seluruh warga malah dapat
melahirkan nilai kemanusiaan dan keinsafan dalam diri pelajar di bulan Ramadhan.Diharapkan
perasaan ini akan terus subur dalam diri setiap warga walau di mana mereka berada.
0 comments