DUNIA KAMERA
06:53
Kelab Residen Media telah menganjurkan bengkel fotografi dan videografi . Bengkel ini bertujuan untuk menambahkan ilmu para peserta tentang teknik penggunaan kamera yang betul . Bengkel ini telah dihadiri lebih daripada 100 orang ahli kelab residen media . Sesi ‘ice breaking’ merupakan aktiviti pertama yang dilakukan dan pada pukul 8.30 malam , pembelajaran tentang ‘composition of camera’ dan contoh-contoh foto berdasarkan komposisi telah diajar oleh Miss Azahana Aziz . Setelah itu , para peserta ditugaskan untuk menangkap 10 keping gambar berdasarkan komposisi yang telah diajar . Seterusnya, peserta dikehendaki membuat pembentangan dalam kumpulan tentang hasil kerja mereka dan kuiz komposisi juga diberikan kepada para peserta untuk menguji kefahaman mereka semasa bengkel kali kedua.
Pada bengkel kedua , para peserta diajar menggunakan angle yang betul iaitu ‘camera angle’ dan penggunaan cahaya serta exposure ketika menangkap gambar .Malah , proses penggambaran video turut diajar seperti elemen penting sebelum merakam video seperti ,idea ,skrip ,storyboard dan lain-lain . Para peserta juga diberitahu bahawa ’composition’ dan ‘camera angle’ merupakan elemen yang penting ketika mengambil foto dan merakam video.
Sempena minggu kemerdekaan, peserta-peserta dikehendaki menyertai pertandingan foto dan video kemerdekaan bertemakan ‘sehati sejiwa’ . Para peserta dikehendaki menyiapkannya tugasan ini secara berkumpulan dan membentangkannya kepada juri semasa sesi terakhir bengkel ini . Selain itu , peserta juga dibahagikan kumpulan berdasarkan dua kategori iaitu fotografi dan videografi . Sebelum membentangkan hasil kedua-dua kumpulan diajar cara untuk mengedit foto dan video . Komen dan nasihat yang membina telah diberikan kepada setiap peserta setelah mereka membentangkan hasil kerja.Pada sesi terakhir ,pemenang untuk kategori video iaitu kumpulan Unity ,kumpulan Siti –siti dan kumpulan Nameless telah diumumkan.Kesimpulannya,objektif bengkal ini dilaksanakan telah tercapai ,para peserta dapat memperbaiki teknik menangkap foto mahupun video dengan lebih baik .
0 comments