Karnival Ikatan Kasih Sehati Sejiwa (KIKAS)
20:00 1 Oktober 2015 – Karnival Ikatan Kasih Sehati Sejiwa (KIKAS) telah diadakan selama tiga hari iaitu bermula pada 1 Oktober 2015 sehingga 3 Oktober 2015 untuk para puteri Blok Seri Laka. Karnival ini dimulakan dengan saringan awal untuk acara ‘Talent Time’ dan diikuti dengan bacaan yassin di Masjid Khulafa’ Ar-rasyidin yang melibatkan semua pelajar muslim KMK. Pada hari yang berikutnya iaitu 2 Oktober 2015, aktiviti dimulakan seawal pukul 7:30 pagi dengan aktiviti senamrobik di padang KMK. Karnival diteruskan dengan pertandingan suku akhir dan separuh akhir ‘Talent Time’ pada pukul 10 pagi.
Pelbagai pertandingan turut diadakan untuk memeriahkan karnival ini. Pertandingan yang diadakan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu ‘indoor games’ dan ‘outdoor games’. Contoh ‘indoor games’ yang diadakan adalah acara kacang campur, manik dan benang, dan pertandingan kupas epal. Manakala, ‘outdoor games’ pula terdiri daripada pertandingan futsal, acara belon air dan pertandingan queen dodgeball. Pada pukul 5 petang, para peserta ‘Talent Time’ telah mempersembahkan bakat mereka sekali lagi untuk pertandingan akhir.
Aktiviti kemuncak karnival ini ialah aktiviti makan malam yang bertemakan ‘masquerade’ yang bertempat di Dewan Mahawangsa. Para puteri kediaman Seri Laka yang berpakaian cantik bersesuaian dengan tema telah dihidangkan dengan pelbagai makanan yang menyelerakan dan dihiburkan dengan persembahan- persembahan yang menarik. Hari ke-3, 3 Oktober 2015, karnival diakhiri dengan bengkel perundingan imej. Secara keseluruhannya, karnival ini telah diadakan dengan jayanya.
0 comments