Promosi KAKOM dengan larian

07:03

Larian KAKOM telah diadakan pada 1 Ogos 2015. Bermula 7.00 pagi hingga 8.15 pagi dengan disertai oleh para atlet Kolej Matrikulasi Kedah. Atlet yang terlibat adalah seramai hampir 80 orang. Para atlet mula berlari bermula dari kawasan belakang kolej hingga kawasan sekitar Changlun dengan jarak 1.5 KM. Para atlet berlari sambil membawa bendera Malaysia, Kedah dan Kolej Matrikulasi Kedah. Larian ini dilakukan adalah untuk mempromosikan kepada orang awam atau penduduk sekitar Kolej Matrikulasi Kedah bahawa KAKOM 2015/2016 akan diadakan di Kolej Matrikulasi Kedah. Hal ini supaya orang ramai dapat sama­sama hadir bagi memeriahkan suasana dan memberi sokongan kepada para atlet sepanjang KAKOM berlangsung. Sementara menunggu para atlet sampai dari pukul 7.00 hingga 7.45 pagi, warga Kolej Matrikulasi Kedah yang lain telah melakukan senamrobik dengan diketuai oleh beberapa orang pelajar Program Dua Tahun Semester 3.Para atlet sampai semula di Kolej Matrikulasi Kedah pada jam 7.45 pagi disambut oleh warga Kolej Matrikulasi Kedah yang lain bagi menaikkan semangat para atlet. Kemudian para atlet mempersembahkan nyanyian semangat yang direka bagi menunjukkan semangat mereka bagi menghadapi KAKOM. Akhir sekali, ucapan dari Timbalan Pengarah Kolej Matrikulasi Kedah yang menyatakan semangat, harapan serta doa seluruh warga kolej sentiasa mengiringi para atlet untuk menghadapi KAKOM. Setelah ucapan tamat, majlis bersurai sekitar jam 8.15 pagi.

You Might Also Like

0 comments

Subscribe