Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat Sempena PSPM 1

06:59

Pada 22 Oktober 2015 telah diadakan Majlis bacaan yassin dan solat hajat sempena PSPM1. Majlis diserikan oleh kehadiran semua pelajar muslim dan para pensyarah. Bermula jam 12 tengahari para pelajar dan pensyarah sudah mula berkumpul di Masjid Kolej Matrikulasi Kedah. Majlis dimulakan dengan solat Zuhur secara berjemaah diikuti solat hajat. Seterusnya, bacaan yassin. Tujuan bacaan yassin dan solat hajat ini diadakan adalah untuk memohon keberkatan dan kejayaan dalam PSPM1 bagi semua pelajar Kolej Matrikulasi Kedah serta bagi memohon agar indeks pencemaran udara di Malaysia turun supaya kesihatan tidak terjejas.

Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan pengarah Kolej Matrikulasi Kedah. Beliau memberikan kata­kata semangat serta nasihat supaya dapat memotivasikan para pelajar untuk menduduki PSPM1. Antara nasihat yang disampaikan oleh beliau adalah pelajar hendaklah tidak lupa untuk berdoa kepada Allah di samping berusaha dengan bersungguh­sungguh agar dapat mencapai keputusan yang cemerlang.

Setelah selesai ucapan dari tuan pengarah, majlis bersurai pada jam 2.30 petang.

You Might Also Like

0 comments

Subscribe