Kisah 5K : Kewiraan Kolej Kita Ketika Kakom
07:19
Pada 13 hingga 15 Ogos 2015, telah terukir peristiwa yang akan dikenang buat selamanya apabila Kolej Matrikulasi Kedah (KMK) telah menjadi tuan rumah bagi acara tahunan Karnival Kokurikulum Matrikulasi Zon Utara 2015 yang telah diadakan selama tiga hari dengan jayanya. Antara kolej-kolej yang turut serta dalam dalam Kakom ialah Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP), Kolej Matrikulasi Perlis, Kolej MARA Kuala Nerang serta Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah. Temasya ini telah meliputi pelbagai jenis acara sukan sepanjang tiga hari tersebut iaitu bola sepak, bola jaring, sepak takraw, petanque, bola tampar, bola keranjang, skuasy, tenis serta badminton. Keputusannya, Kolej Matrikulasi Pulau Pinang telah berjaya meraih gelaran juara KAKOM ZON UTARA 2015 dengan pingat emas sebanyak 7 pingat dan perak sebanyak 11 pingat. Diikuti oleh Kolej Matrikulasi Kedah dengan pungutan 5 pingat emas,5 pingat perak serta 6 pingat gangsa. Seterusnya, tempat ketiga disandang oleh Kolej Matrikulasi Perlis yang berjaya memungut 4 pingat emas, 2 pingat perak dan 8 pingat gangsa. Kolej Mara berjaya memungut 2 pingat emas manakala Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah berjaya memungut 4 pingat gangsa. Setiap kolej yang telah mengambil bahagian dalam temasya tahun ini telah memperoleh kejayaan yang memberangsangkan atas hasil usaha para atlit serta jurulatih yang berkaliber. KAKOM Zon Utara 2015 telah berlangsung dengan gilang-gemilangnya atas sebab kegigihan pihak KMK termasuk unit pensyarah, sukaralewan serta atlit yang sedaya upaya memberi komitmen yang menyeluruh serta mengorak langkah untuk mengharumkan nama KMK di peringkat kebangsaan. Pada keseluruhannya, Bahagian Matrikulasi Kedah telah berjaya menganjurkan KAKOM Zon Utara 2015 dengan cemerlang dan kejayaan ini wajar menjadi kebanggaan setiap warga KMK.
Majlis perasmian Kakom Zon Utara 2015 telah berlangsung dengan meriah sekali pada 13 Ogos 2015 tepat jam 2.00 petang diKompleks Sukan Kolej Matrikulasi Kedah. Majlis gilang-gemilang itu turut dihadiri oleh dif-dif Kehormat dan Pengarah-Pengarah Kolej Matrikulasi / MARA, pegawai dan tetamu jemputan. Majlis dimulakan dengan perarakan masuk dan lalu lintas kontinjen serta nyanyian lagu Negaraku dan lagu negeri Kedah oleh setiap kontinjen dengan penuh semangat. Persembahan formasi yang bertujuan untuk menyemarakkan semangat kesukanan juga turut dipersembahkan pleh para sularelawan KMK. Majlis diteruskan dengan ucapan aluan oleh Yang Berusaha Pengarah Kolej Matrikulasi Kedah dan disempurnakan dengan ucapan perasmian pembukaan KAKOM Zon Utara 2015 oleh Yang Berbahagia Pengarah Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia. Ikrar KAKOM Zon Utara 2015 dibacakan dan majlis bersambung dengan upacara menaikkan bendera kejohanan serta majlis diserikan dengan nyanyian lagu tema KAKOM 2015 oleh ahli koir Kolej Matrikulasi Kedah. Sesi bergambar diadakan beserta dengan upacara pemberian cenderamata. Perlawanan bola sepak dimulakan setelah tamatnya majlis perasmian.
Tepat jam 8.00 malam pada 15 Ogos 2015 diadakan acara finale bagi KAKOM Zon Utara 2015 iaitu majlis penutupan yang juga merupakan sorotan terpenting dalam temasya ini, Majlis ini telah dilaksanakan dengan gilang gemilang oleh kolej kita dan telah disempurnakan oleh Dr Baiduriah binti Yaakub, Timbalan Pengarah Bahagian Matrikulasi. Majlis gilang-gemilang itu turut dihadiri oleh dif-dif Kehormat dan Pengarah-Pengarah Kolej Matrikulasi / MARA, pegawai dan tetamu jemputan. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohamed Zukilan bin Mohamed Zakaria dan majlis diteruskan dengan ucapan dari Timbalan Pengarah BMKPM. Majlis makan malam tersebut turut diserikan dengan persembahan nyanyian solo dan duet, koir dan formasi LED membentuk “GOOD BYE KAKOM” daripada kumpulan sukarelawan yang bertungkus lumus berusaha menjadikan malam tersebut menjadi kenangan indah bagi setiap penonton. Semua penonton disajikan semua persembahan-persembahan yang bervariasi yang berjaya menghiburkan hati oleh warga KMK. Upacara penyampaian hadiah dan piala pusingan serta penyerahan bendera kejohanan diadakan selepas itu. Majlis tamat pada jam 11.00 petang Tahniah kepada Kolej Matrikulasi Kedah (KMK) selaku penganjur KAKOM Zon Utara 2015 dan syabas kepada semua pihak KMK yang telah berjaya mengadakan acara KAKOM Zon Utara 2015 dengan cemerlang dan terbilang. Sudah sepastinya memori temasya ini terpahat di sanubari setiap peserta KAKOM 2015. Secara konklusinya, KAKOM Zon Utara 2015 adalah salah satu detik yang bersejarah bagi Kolej Matrikulasi Kedah yang menjadi kebanggan kita semua.
0 comments