Perlantikan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar

21:17

Majlis perlantikan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) sesi 2015/2016 telah diadakan di Dewan Mahawangsa pada 8 Julai 2015. Majlis bermula tepat jam 4.30 petang.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Kolej Matrikulasi Kedah serta diiringi dengan bacaan doa oleh wakil JPP Exco Kerohanian iaitu saudara Muhammad Hashymi bin Badrulzaman. Sebagai acara kemuncak, barisan JPP dijemput untuk menerima watikah. Penyerahan watikah dimulakan dengan Yang Dipertua JPP, iaitu saudara Muhammad bin Khairi dan diikuti barisan Majlis Tertinggi JPP serta barisan exco yang lain. Seterusnya, saudara Muhammad mengetuai lafaz ikrar JPP bagi sesi 2015/2016 sebagai simbolik kepimpinan yang bakal digalas oleh setiap ahli JPP.

Tuan Pengarah dan saudara Muhammad telah menandatangani watikah. Secara tidak langsung, telah termeterainya perjanjian tanggungjawab yang akan digalas oleh para JPP secara rasmi. Majlis diakhiri dengan ucapan oleh saudara Muhammad selaku YDP JPP 2015/2016.

You Might Also Like

0 comments

Subscribe