“Jaga pandangan, Allah akan menjaga kamu”
07:07
Dewan Mahawangsa , 30 Ogos 2015 : Aiman Banna, seorang pendakwah muda yang terkenal di laman sosial telah datang ke Kolej Matrikulasi Kedah pada malam Ambang Kemerdekaan 2015 di atas jemputan daripada Jawatankuasa Perwakilan Pelajar bagi memeriahkan lagi majlis pada malam kemerdekaan itu. Ceramah beliau bermula pada pukul 9.15 malam dihadiri oleh para pelajar KMK yang terdiri daripada semua kaum.
Menjaga pandangan merupakan topik utama yang ditekankan oleh Aiman Banna kerana pandangan mata itu menjadi asbab kepada terjadinya zina. Diterangkan serba sedikit tentang latar belakang beliau yang kini telah bergelar suami kepada seorang wanita yang dikenalinya sejak zaman persekolahan lagi, beliau menekankan agar lebih fokus dalam menuntut ilmu dan menjaga perhubungan sesama manusia. Di usia muda 19 tahun, pendakwah ini telah mengeluarkan buku hasil ideanya tersendiri iaitu Henshin, Infiru, dan yang terkini bakal diterbitkan hasil kolaborasi bersama Team Inspirasee. Jualan buku-buku beliau pada malam tesebut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pelajar KMK. Diharapkan dengan kehadiran pendakwah muda ini dapat memberikan satu impak yang besar buat pelajar untuk berubah daripada baik ke arah yang lebih baik. Henshin-kan diri anda!
0 comments