Perhimpunan JPP se-Malaysia

07:08

Melaka , 21 Ogos 2015 : Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dari seluruh kolej matrikulasi di Malaysia dikumpulkan di Bayou Lagoon Resort, Melaka selama 4 hari 3 malam bagi memantapkan jati diri dan keyakinan selaku JPP dalam peringkat matrikulasi. Banyak aktiviti menarik yang telah dijayakan sepanjang kem itu dijalankan, antaranya slot kemahiran berkomunikasi, slot membina semangat berpasukan, slot kepimpinan dan slot mencipta logo JPP yang mewakili imej JPP kolej masing-masing.

Ukhuwah antara JPP seluruh Malaysia terjalin sejak ditemukan di kem tersebut sehinggalah kini. Kolej Matrikulasi Kedah telah ditugaskan di bahagian riadah pada waktu petang hari Jumaat dan Sabtu. Aktiviti senamrobik telah dijalankan oleh JPP KMK yang dibantu oleh para pelajar Program Dua Tahun (Semester 3) dari segi koreografi dan lagu.

Antara kejayaan KMK yang boleh dibanggakan ialah Yang Dipertua JPP KMK, saudara Muhammad bin Khairi telah dipilih sebagai Presiden Majlis Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (MJPP) dan saudari Fatin Aimi binti Fauzi selaku Naib Setiausaha 1 dipilih sebagai Bendahari MJPP melalui mesyuarat antara Yang Dipertua dan Setiausaha kolej matrikulasi seluruh Malaysia.

“JPP bukanlah pengawas sekolah, tetapi kamu semua ini adalah pemimpin kepada pelajar.”

You Might Also Like

0 comments

Subscribe