Memori di Pahang
07:10Perkhemahan KAKOM yang diadakan selama 4 hari 3 malam pada 17 September sehingga 20 September 2015 telah dijayakan oleh kontinjen-kontinjen kawad kaki dari seluruh kolej matrikulasi di Malaysia. Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh) telah dipilih untuk menjadi tuan rumah pada tahun ini. Kolej Matrikulasi Kedah (KMK) telah menghantar 30 orang ahli kontinjen yang berpengalaman dalam kawad kaki bagi mewakili kolej.
Pelbagai aktiviti telah disediakan untuk menguji kepimpinan, disiplin individu serta ketahanan fizikal dan mental ketika menghadapi pelbagai situasi. Sebagai contoh, aktiviti orientering diadakan bagi mendedahkan kepada peserta dalam berkemahiran membaca kompas untuk membaca peta kawasan KMPh. Aktiviti ini memihak kepada KMPh sebagai tuan rumah. Tidak lupa juga aktiviti latihan kawad kaki yang menjadi tujuan utama perkhemahan ini diadakan. Para peserta juga ditugaskan untuk menyediakan masakan tengah hari dan makan malam sendiri bagi melatih peserta untuk lebih berdikari. Selain itu, pertandingan kraftangan juga diadakan dan para pelajar dibekalkan kayu-kayu untuk menghasilkan meja dan kerusi.
Hari yang dinantikan telah tiba. Pertandingan kawad kaki dijalankan pada waktu pagi sehinggalah ke waktu petang dan KMK berjaya mengambil tempat ke-12 daripada 17 kontinjen. Johan dimenangi oleh KMS dan KMS juga dinobatkan sebagai johan keseluruhan bagi perkhemahan sesi 2015 kali ini. Setelah selesai aktiviti kawad kaki, Kapten KAGAT (Kor Agama Angkatan Tentera) dijemput untuk berkongsi ilmu tentang solat dalam keadaan berperang bagi persediaan peserta. Keesokan harinya, penilaian kraftangan dilakukan oleh panel juri profesional, dan dimenangi oleh Kolej Matrikulasi Labuan yang berkonsepkan kerusi pancing atau kerusi rehat. Di akhir penutupan kem KAKOM ini, harapan setiap kolej untuk menjadi yang terbaik dapat disimpulkan dan diharapkan dapat menyertai kem kepimpinan seperti ini lagi.
0 comments