DISEBALIK DRAMA BAKAT TERSERLAH

07:11

Jumaat ,2 Oktober 2015 –Pertandingan Drama bertemakan Etiket Sosial Anjuran Unit Dinamika bagi semester 1 telah diadakan dari jam 3:00 petang sehingga 7:00 malam bertempat di Dewan Banquet Kolej Matrikulasi Kedah .Lapan kelas dari PST Modul 1 dan Modul 2 dan Pdt dipilih setelah saringan setiap kelad dilakukan telah bertanding untuk merebutk gelaran juara dan diadili oleh tiga orang pensyarah Unit Dinamika iatu Encik Khoh Joo Kee ,Encik Mazlan bin Abdul Talib dan Puan Zainab binti Abu Bakar .Pelbagai bentuk dan genre drama yang menarik ,kreatif dan terhibur telah dipersembahkan oleh para pelajar .Malah ,pengajaran dan iktibar daripada setiap persembahan drama dapat memberikan impak yang positif kepada penonton .Jika bertanding sudah pasti ada yang menang ada yang kalah ,ada yang kecewa ada yang bergembira .Daripada lapan kelas yang bertanding hanya tiga kelas terpilih sebagai pemenang Pertangdingan Drama .Tempat pertama dimenangi oleh kelas K3S2T1A dengan drama yang bertajuk Pengalaman menceritakan pengalaman tiga orang pelajar nakal menjadi seorang yang berguna setelah sedar daripada kesalahan mereka terhadap orang yang lebih tua dan sikap mereka terhadap guru yang mendidik mereka di sekolah.Drama bertemakan hospital lakonan kelas KSS1T5A mengisahkan tentang doktor yang menjalankan sindiket penjualan organ secara rahsia kerana ingin mendapat keuntungan yang lumayan telah dinobatkan sebagai naib johanAkhir sekali ,tempat ketiga telah dianugerahkan kepada K2S1T8A dengan dramanya bertajuk Akukah Tanggang menceritakan kisah seorang ibu yang memilih kasih terhadap anaknya dan anaknya yang terlalu dikasihi menjadi anak yang ingkar kepadanya.Setelah acara pemberian hadiah iatu hamper diberikan kepada pemenang,para peserta mengambil peluang untuk merakam gambar sebagai tanda kenang-kenagan .Tepat jam pukul 7:00 malam,majlis bersurai .

You Might Also Like

1 comments

Subscribe