Kursus PRD

08:26

Jumaat, 4 September 2015 – Pembimbing Rakan Dinamika telah menganjurkan Kursus Kejurulatihan Pembimbing Rakan Dinamika selama 2 hari yang bertempat di Dewan Banquet Kolej Matrikulasi Kedah. Kursus ini bermula pada jam 7:30 pagi.

Kursus tersebut bermula dengan aktiviti senam robik. Seterusnya kursus diteruskan dengan aktiviti- aktiviti berpasukan yang bertujuan untuk mengeratkan hubungan ahli. Aktiviti seterusnya ialah lakonan secara berkumpulan yang bertemakan kaunseling berkumpulan.

Kursus ini berakhir pada pukul 1:00 tengah hari. Kesimpulannya, Pembimbing Rakan Dinamika telah berjaya menganjurkan kursus ini dengan cemerlang dan berjaya mendedahkan cara-cara yang betul dalam kaunseling berkumpulan kepada ahlinya.

You Might Also Like

0 comments

Subscribe