Pelajar KMK Masyarakat Penyayang

08:28

Pada 11 Disember 2015,satu Program Khidmat Masyarakat yang dianjurkan oleh Kolej Matrikulasi Kedah dengan kerjasama Yayasan Salam Malaysia telah diadakan di Kampung Betong Dalam, Sik, Kedah. Program ini disertai oleh ahli Jawatankuasa Perwakilaan Pelajar, Sahabat PDT dan kelas kokurikulum khidmat masyarakat. Program ini dijalankan pada pukul 10 pagi sehingga pukul 3.30 petang.

Tugasan yang diberikan dalam program ini ialah aktiviti gotong-royong membersihkan rumah dan persekitaran penduduk tempatan. Para pelajar yang terlibat dibahagikan kepada 5 kumpulan dan ditugaskan di 5 rumah yang berbeza. Antaranya ialah rumah Puan Roziyah binti Ali Yasak, Puan Nah binti Awang, Encik Khamis bin Shawal, Puan Umai binti Saad dan Puan Jariah binti Mad Yatim. Setelah siap kerja – kerja pembersihan, para peserta menikmati makanan yang telah disediakan oleh tuan rumah.

Pada pukul 2.30 petang, majlis penutup telah diadakan. Encik Rosdi bin Mat Ali, Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar telah menyampaikan ucapan. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menolong menjayakan program ini. Beliau juga berharap agar para pelajar bersyukur dalam kehidupan. Setelah menyampaikan cenderahati kepada pengerussi JKK, program ini berakhir pada pukul 3.30 petang.

You Might Also Like

0 comments

Subscribe