13 Julai 2015-Majlis iftar perdana yang telah menjadi acara wajib tahunan telah diadakan di
Kolej Matrikulasi Kedah.Majlis yang bukan merupakan julung kalinya dianjurkan ini dimulakan
dengan solat asar yang telah didirikan secara berjemaah yang telah diwajibkan ke atas seluruh
pelajar kolej yang beragama Islam.Pelajar serta pensyarah mula memenuhi rumah Allah iaitu
Masjid Khulafa’ ArRasyiddin seawal pukul 4.30 petang.Seterusnya dalam mencari keberkatan
dalam bulan suci ini,majlis khatam alQuran telah diadakan.Lantunan kalam Allah telah
bergema di seluruh pelusuk ruang kolej telah menimbulkan sekelumit keinsafan kepada seluruh
warga.Ucapan daripada Tuan Saad bin S.A Abbas selaku pengarah kolej turut diselitkan dalam
mengingatkan seluruh warga kolej mengenai bulan Ramadhan.Sempena bulan yang penuh
barakah dan pengampunan ini juga,golongan asnaf di kolej tidak dilupakan.Misalnya pelajar
yang tidak berkemampuan dan pelajar yatim diberikan sumbangan sebagai tanda prihatin dan
perkongsian dibulan Ramadhan yang amat menitikberatkan amalan bersedekah.Pada pukul 6
petang,seluruh warga mula mengambil makanan di tempat yang telah ditetapkan.Setelah
seruan azan berkumandang,semua warga berbuka puasa secara beramairamai termasuk
golongan yang beragama bukan Islam.Setelah selesai,semua muslimin dan muslimat
menunaikan solat maghrib secara berjemaah,diikuti dengan solat isya’ dan solat sunat tarawikh
yang menjadi amalan lazim ketika bulan Ramadhan.Setelah pelajar dibenarkan bersurai untuk
menjalankan aktiviti masingmasing,majlis pesta durian turut dianjurkan pada pukul 10.30
malam.Raja buah yang menjadi kesukaan semua kaum di Kolej Matrikulasi Kedah telah
menggamit seluruh warga kolej memeriahkan pesta ini.Pengagihan buah berduri ini telah
diadakan di rumpun dan dataran kolej.Pesta ini bukan sahaja merupakan pesta yang unik buat
warga kolej malah pesta ini merupakan pesta yang telah dijalankan buat julung kalinya di
kolej.Semua warga amat berpuas hati sepanjang aktiviti ini berlangsung.Aktiviti ini ternyata
mampu mengeratkan lagi ikatan yang sedia terjalin terhadap seluruh warga malah dapat
melahirkan nilai kemanusiaan dan keinsafan dalam diri pelajar di bulan Ramadhan.Diharapkan
perasaan ini akan terus subur dalam diri setiap warga walau di mana mereka berada.
Pada 13 hingga 15 Ogos 2015, telah terukir peristiwa yang akan dikenang buat selamanya apabila Kolej Matrikulasi Kedah (KMK) telah menjadi tuan rumah bagi acara tahunan Karnival Kokurikulum Matrikulasi Zon Utara 2015 yang telah diadakan selama tiga hari dengan jayanya. Antara kolej-kolej yang turut serta dalam dalam Kakom ialah Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP), Kolej Matrikulasi Perlis, Kolej MARA Kuala Nerang serta Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah. Temasya ini telah meliputi pelbagai jenis acara sukan sepanjang tiga hari tersebut iaitu bola sepak, bola jaring, sepak takraw, petanque, bola tampar, bola keranjang, skuasy, tenis serta badminton. Keputusannya, Kolej Matrikulasi Pulau Pinang telah berjaya meraih gelaran juara KAKOM ZON UTARA 2015 dengan pingat emas sebanyak 7 pingat dan perak sebanyak 11 pingat. Diikuti oleh Kolej Matrikulasi Kedah dengan pungutan 5 pingat emas,5 pingat perak serta 6 pingat gangsa. Seterusnya, tempat ketiga disandang oleh Kolej Matrikulasi Perlis yang berjaya memungut 4 pingat emas, 2 pingat perak dan 8 pingat gangsa. Kolej Mara berjaya memungut 2 pingat emas manakala Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah berjaya memungut 4 pingat gangsa. Setiap kolej yang telah mengambil bahagian dalam temasya tahun ini telah memperoleh kejayaan yang memberangsangkan atas hasil usaha para atlit serta jurulatih yang berkaliber. KAKOM Zon Utara 2015 telah berlangsung dengan gilang-gemilangnya atas sebab kegigihan pihak KMK termasuk unit pensyarah, sukaralewan serta atlit yang sedaya upaya memberi komitmen yang menyeluruh serta mengorak langkah untuk mengharumkan nama KMK di peringkat kebangsaan. Pada keseluruhannya, Bahagian Matrikulasi Kedah telah berjaya menganjurkan KAKOM Zon Utara 2015 dengan cemerlang dan kejayaan ini wajar menjadi kebanggaan setiap warga KMK.
Larian KAKOM telah diadakan pada 1 Ogos 2015. Bermula 7.00 pagi hingga 8.15 pagi dengan
disertai oleh para atlet Kolej Matrikulasi Kedah. Atlet yang terlibat adalah seramai hampir 80
orang. Para atlet mula berlari bermula dari kawasan belakang kolej hingga kawasan sekitar
Changlun dengan jarak 1.5 KM. Para atlet berlari sambil membawa bendera Malaysia, Kedah
dan Kolej Matrikulasi Kedah. Larian ini dilakukan adalah untuk mempromosikan kepada orang
awam atau penduduk sekitar Kolej Matrikulasi Kedah bahawa KAKOM 2015/2016 akan
diadakan di Kolej Matrikulasi Kedah. Hal ini supaya orang ramai dapat samasama hadir bagi
memeriahkan suasana dan memberi sokongan kepada para atlet sepanjang KAKOM
berlangsung.
Sementara menunggu para atlet sampai dari pukul 7.00 hingga 7.45 pagi, warga Kolej
Matrikulasi Kedah yang lain telah melakukan senamrobik dengan diketuai oleh beberapa orang
pelajar Program Dua Tahun Semester 3.Para atlet sampai semula di Kolej Matrikulasi Kedah
pada jam 7.45 pagi disambut oleh warga Kolej Matrikulasi Kedah yang lain bagi menaikkan
semangat para atlet. Kemudian para atlet mempersembahkan nyanyian semangat yang direka
bagi menunjukkan semangat mereka bagi menghadapi KAKOM.
Akhir sekali, ucapan dari Timbalan Pengarah Kolej Matrikulasi Kedah yang menyatakan
semangat, harapan serta doa seluruh warga kolej sentiasa mengiringi para atlet untuk
menghadapi KAKOM. Setelah ucapan tamat, majlis bersurai sekitar jam 8.15 pagi.
Kelab Residen Media telah menganjurkan bengkel fotografi dan videografi . Bengkel ini bertujuan untuk menambahkan ilmu para peserta tentang teknik penggunaan kamera yang betul . Bengkel ini telah dihadiri lebih daripada 100 orang ahli kelab residen media . Sesi ‘ice breaking’ merupakan aktiviti pertama yang dilakukan dan pada pukul 8.30 malam , pembelajaran tentang ‘composition of camera’ dan contoh-contoh foto berdasarkan komposisi telah diajar oleh Miss Azahana Aziz . Setelah itu , para peserta ditugaskan untuk menangkap 10 keping gambar berdasarkan komposisi yang telah diajar . Seterusnya, peserta dikehendaki membuat pembentangan dalam kumpulan tentang hasil kerja mereka dan kuiz komposisi juga diberikan kepada para peserta untuk menguji kefahaman mereka semasa bengkel kali kedua.
Pada bengkel kedua , para peserta diajar menggunakan angle yang betul iaitu ‘camera angle’ dan penggunaan cahaya serta exposure ketika menangkap gambar .Malah , proses penggambaran video turut diajar seperti elemen penting sebelum merakam video seperti ,idea ,skrip ,storyboard dan lain-lain . Para peserta juga diberitahu bahawa ’composition’ dan ‘camera angle’ merupakan elemen yang penting ketika mengambil foto dan merakam video.
6 Ogos 2015- Kolej Matrikulasi Kedah telah mengadakan majlis sambutan Hari Raya yang diadakan dengan meriah yang bertempat di Dewan Mahawangsa selepas semingggu pelajar pulang ke kampus setelah bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri. Majis bermula tepat jam 2.30 petang.Pelajar memenuhi dewan dengan berpakaian kemas bertemakan Hari Raya.Suasana bertambah meriah dan pelajar berasa teruja dengan pakaian masing-masing yang baru dan berwarna-warni.Selepas nyanyian lagu Negaraku,ucapan ringkas disampaikan oleh Timbalan Pengarah, iaitu Puan Mardiana Bt Abd. Rahim.Sijil-sijil juga telah disampaikan kepada pengusaha kafe sebagai tanda penghargaan sepanjang mereka menyediakan perkhidmatan untuk warga kolej.Warga KMK disajikan dengan menu yang menyelerakan selepas bacaan doa yang telah disediakan oleh pengusaha kafe.Sambil menikmati juadah, majlis diserikan dengan persembahan para pelajar seperti persembahan nyanyian yang turut menyerikan dan membangkitkan lagi 'mood' berhari raya.Semua warga Kolej Matrikulasi Kedah turut menghadirkan diri untuk menyemarakkan lagi suasana termasuklah para pensyarah.Melalui sambutan hari raya ini,hubungan silaturahim dapat dieratkan antara warga kolej.Diharapkan hubungan ini akan terus berkekalan.
Sambutan kemerdekaan Kolej Matrikulasi Kedah akhirnya tiba ke kemuncaknya pada 17 September 2015. Upacara penutupan ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Kolej Matrikulasi Kedah, Puan Mardiana Binti Abd Rahim. Sambutan ini dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Negeri Kedah. Seterusnya,majlis diiringi dengan ucapan daripada Puan Mardiana yang telah banyak menerapkan unsur-unsur kemerdekaan yang berupaya menyemarakkan semangat kemerdekaan dalam kalangan pelajar KMK. Upacara ini telah dihangatkan lagi dengan persembahan “Public Speaking” daripada Brian Bian Paul dan Fellyciana anak Sylvester. Slot selanjutnya ialah tayangan video pemenang pertandingan videografi yang telah berjaya menghangatkan lagi suasana yang meriah sepanjang berlangsungnya sambutan yang penuh nostalgia ini. Seterusnya,ialah majlis penyampaian hadiah bagi pertandingan yang telah dianjurkan seperti pertandingan kolam, videografi dan fotografi, melukis poster, menulis esei dan blok paling patriotik. Pemenang bagi blok paling patriotik telah disandang oleh Blok B. Majlis ini diakhiri dengan nyanyian lagu-lagu patriotik yang berjaya menonjolkan semangat sehati sejiwa yang tersemat dalam sanubari warga KMK. Diharapkan sambutan sebegini dapat dimeriahkan lagi pada tahun hadapan bagi mengukuhkan lagi perpaduan dalam kalangan warga KMK.
Majlis perlantikan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) sesi 2015/2016 telah diadakan di Dewan Mahawangsa pada 8 Julai 2015. Majlis bermula tepat jam 4.30 petang.