Pada 14 dan 21 Januari 2016, sebuah pertandingan futsal telah diadakan di gelanggang bola keranjang kolej pada pukul 5.15 petang hingga pukul 7.00 malam. Pertandingan ini dianjurkan oleh Jabatan Matematik dengan kerjasama sukarelawan yang terdiri daripada pelajar dari praktikum K3S1T4 dan 2 orang pelajar program dua tahun semester 4. Gelanggang bola keranjang telah diubah suai untuk acara perlawanan para pensyarah dan staf Kolej Matrikulasi Kedah berlangsung.
Terdapat 7 pasukan yang bertanding dalam kejohanan ini, iaitu pasukan Jabatan Sains, Jabatan Sastera Iktisas, Jabatan Pengurusan dan Pentadbiran, Jabatan Pengurusan Pelajar, Jabatan Matematik, Unit Pentadbiran dan Unit Makmal Sains. Perlawanan ini telah dimeriahkan oleh para pelajar kolej yang datang menyaksikan perlawanan yang gempar ini. Sorakan untuk pasukan yang bertanding kedengaran sepanjang kejohanan ini, terutamanya semasa jaringan goal. Kemuncak pertandingan ini merupakan perlawanan akhir antara pasukan Jabatan Matematik dengan Unit Makmal Sains yang berlangsung pada pukul 6.50 petang 21 Januari 2016. Secara keseluruhannya, pasukan Jabatan Matematik berjaya menjuarai pertandingan ini dengan keputusan 5-1.